Sabtu, 22 Januari 2011

KESALAHAN DALAM BERPAKAIAN DAN CARA MENUTUP AURAT YANG BETUL

PANDANGAN JUGA PERLU DIJAGA.
(Bukannya macam lagu "Kalau Berpacaran" boleh pandang2, jangan pegang2).


Kerana pandangan pada wanita yg cantik walaupun dia menutup aurat mampu menimbulkan fitnah. Kerana itu adanya purdah.


Lihat firman Allah Subahanahu wa Ta'ala:-

Allah berfirman: Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka MENYEKAT PANDANGAN mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan. [An-Nur 24:30]


Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya MENYEKAT PANDANGAN mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [An-Nur 24:31]





Tiada ulasan:

Catat Ulasan