Rabu, 23 Mac 2011

Adam, Hawa Wa Jannah...

Adamku,

Kau sebenarnya imam dan aku adalah makmum.

Aku adalah pengikutmu kerana kau adalah ketua.

Jika kau benar,maka benarlah aku.

 Jika kau lalai,maka lalailah aku.

Wahai Adam,kau punya kelebihan akal manakala aku kelebihan nafsu.

Akal mu sembilan,nafsu mu satu.

Akal ku satu,nafsu ku beribu Oleh itu,

Adam, pimpinlah tangan ku kerana aku sering lalai dan lupa,

sering tergelincir ditolak nafsu

Adamku,

Aku suka kalau kau mengimami solat ku pada setiap waktu.

Akan ku aminkan doa mu agar kelak luas syurga ku.

Lebih aku suka kalau kau bangunkan aku bertahajud bersama mu,

agar nanti diberkati Ya Rabbi.

Kenalkan aku pada majlis-majlis agama.

Ajarilah aku Yassin dan al-Quran.

Kau ajaklah aku mengalunkan jantung Kitabullah di malam jumaat

penuh barakah.

Khabarkan pada ku tentang fardhu-fardhu yang patut aku tahu.

Bimbinglah aku dengan amar ma'ruf dan nahi mungkar.


Adamku,

Ajari aku agar menjadi isteri mu yang solehah.

Didiklah aku supaya menjadi permata di kaca lembah.

Selimutlah aku dengan iman dan taqwa bekal ke jalan Allah.

Ingatkan aku supaya hormat,tunduk dan patuh dengan mu setiap waktu.

Tolonglah aku Adam agar aku tidak beku.

Bantulah aku agar otak ku tidak buntu.

Selamatkanlah aku daripada seksa api neraka yang tidak tegar aku tanggung.

Pimpinlah aku menuju Nur al-Jannah.

Tarbiahlah aku agar kelak aku calon srikandi solehah.

Bantulah aku dalam menyemai sifat mahmudah.

Moga aku dapat menjadi secerdik Aisyah Humairah Rasulullah,

setulus hati dan kasih laksana Siti Khadijah,

sezuhud dan sepatuh Rabiatul Adawiyah,

sekuat iman umpama taatnya Sumayyah,

seikhlas dan semurni hati Halimas Sa'adiah, dan

segagah dan seteguh Nailah al-Farashiyah yang tegar meski tangan bermandi

darah membela Khalifah Allah.

Seindah hiasan adalah wanita solehah, moga aku hiasan terindah hidup mu....


Adam adalah seorang lelaki  yang benar-benar diperlukan oleh seorang wanita yang bernama Hawa...

Ahad, 6 Mac 2011

Aku Bukan Bidadari...

Assalamualaikum...

Kepadamu yang akan menjadi pendampingku kelak...

Terima kasih kerana telah memilihku di antara ribuan bidadari di luar sana yang siap untuk kau pilih....

Padahal kau begitu tahu, aku hanya wanita biasa, yang sangat jauh dari sempurna.
Kerana itu ku ingin kau tahu,aku bukan wanita yang sempurna, aku begitu banyak kekurangan.

Maka ketahuilah...

Kepadamu yang akan memilihku kelak...

Aku tak sebijak Siti Khadijah, kerana itu aku ingin kau tahu,
aku akan selalu melakukan kesalahan dan dengan itu lantas membuatmu marah.
Maka aku mohon padamu, bijaklah dalam menghadapiku, jangan marah padaku,
nasihati aku dengan hikmah, kerana bagiku kaulah imamku, tak akan berani ku derhaka kepadamu...

Duhai kau yang yang telah memilihku kelak....

Ingatlah, tak selamanya aku dapat tampak cantik di matamu,
ada kalanya aku akan terlihat begitu kusam dan jelik...
Mungkin kerana aku begitu sibuk dengan kerajaku di dapur,
bagi menyiapkan makan untukmu dan malaikat-malaikat kita nanti -InsyaAllah-.
Maka, aku akan tampak kotor dan bau asap.
Atau kerana seharian aku harus membersihkan istana kecil kita,
agar kau dan malaikat kita dapat tinggal dengan selesa dan sihat.

Maka mungkin aku tidak sempat berdandan untuk menyambutmu sepulang bekerja.
Ataukah kau akan menemukanku terlalai saat mendengar keluhan dan ceritamu,
bukan kerana aku tak suka menjadi tempatmu menumpahkan segala rasamu,
tapi semalam saat kau tertidur dengan nyenyak,
aku tak sedetikpun tertidur kerana harus menjaga malaikat kecil kita yang masih kecil,
dan ku tau kau letih mencari rezeki untuk kami maka tak ingin aku mengusik sedikit pun lelapmu..
Jadi jika esok pagi kau mendapatiku begitu letih dan ada lingkaran hitam di mataku,
maka tetaplah tersenyum padaku, kerana kau adalah kekuatan ku...

Padamu yang menjadi nahkoda dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak sesabar Siti Fatimah, ada kalanya kau akan menemukanku begitu marah,
menangis dan tak dapat mengawal emosi, bukan kerana aku membangkang padamu, tapi aku hanya wanita biasa,
aku juga perlukan tempat untuk menumpahkan beban di hatiku, tempat untuk melepaskan penatku,
dan mungkin saat itu aku tak menemukanmu, atau kau begitu sibuk dengan pekerjaanmu,
maka bersabarlah, yang ku perlukan hanya belaianmu...
Kerana bagiku kau adalah titisan embun yang mampu memadam segala resahku...

Padamu yang menjadi imam dalam hidupku kelak...

Ketahuilah, aku tak secerdas Siti Aisyah..
Maka jangan pernah bosan mengajarku, membimbingku ke arah-NYA..

Jangan segan membangunanku di sepertiga malam untuk bersamamu bermunajat pada Kekasih yang Maha Kasih..

Jangan letih mengingatkanku untuk terus bersamamu mendulang pahala dalam amalan-amalan sunnah..

Bimbing tanganku ke Jannah-NYA agar kau dan aku tetap bersatu di dalamnya...

Padamu yang menjadi kekasih hati dan teman dalam hidupku...

Seiring berjalanya waktu,kau akan menemukan rambutku yang dulu hitam legam dan indah,
akan menipis dam memutih. Kulitku yang bersih akan mulai kusam. Tanganku yang halus akan menjadi kasar...
Dan kau tak akan menemukanku sebagai wanita cantik, yang kau khitbah puluhan tahun yang lalu...
Bukan wanita muda yang selalu menyenangkan matamu...
Maka jangan pernah berpaling dariku...
Kerana satu yang tak pernah berubah, bahkan sejak dulu akan terus bertambah dan kian bercambah,
iaitu rasa cintaku padamu...

Ketahuilah... Setiap hari, setiap jam, minit dan detik, telah aku lalui dengan selalu jatuh cinta padamu.
Maka cintailah aku kerana-NYA, dengan apa adanya aku...
Jangan berharap aku menjadi wanita sempurna...
Maafkan aku kerana aku bukan seperti isteri Para Nabi...

Aku hanya wanita biasa..........

sekian,
Wassalam...