Ahad, 20 Februari 2011

Ujian Dari Allah,Tanda Kasih Sayang Allah....


Assalamualaikum...


Ujian adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik. Ujian terkecil apalagi terbesar adalah takdir Allah. Yang mempunyai maksud tertantu. Kerana jahilnya kita, apabila ditimpa ujian samada secara langsung dari Allah atau melalui orang lain, kita mula elatah. Terasa Allah tidak adil, sengaja hendak menyusahkan kita. Atau kita menyalahkan orang yang mendatangkan ujian tersebut. Hati berdendam hati buruk sangka pada Allah yang mendatangkan ujian itu.

Allah Maha Pengasih; jauh sekali Allah takdirkan ujian hanya untuk menyusahkan hamba-Nya. Marilah kita sama-sama  cungkil  hikmah di sebalik ujian yang ditimpakan. Ujian sebenarnya melatih kita untuk mendapatkan sifat-sifat yang terpuji. Sabar, redha, tawakkal, baik sangka, mengakui diri sebagai hamba yang lemah, mendekatkan diri dengan Allah, harapkan ertolonganAllah, merasai dunia hanya nikmat sementara dan sebagainya. Berasa diri berdosa adalah juga sifat terpuji. Sebab itu bagi orang yang sudah banyak melakukan dosa atau 

lalai daripada mengingati Allah, maka Allah datangkan ujian kesusahan kepadanya. Supaya hamba-Nya tadi tidak tenggelam dalam dosa dan noda. Kadangkala Allah dedahkan dosa yang dilakukan hingga ramai orang tahu. Bukan untuk menghinakan kita tetapi untuk memberi 
ingatan supaya kita bertaubat. Dan tidak meneruskan perbuatan dosa itu sehingga bila-bila Ujian juga bermaksud qisas (pembalasan) ke atas dosa-dosa kita. Setiap perbuatan dosa mesti dihukum, samada di dunia atau di akhirat (kecuali kita telah bertaubat sungguh-sungguh sehingga Allah mengampunkan dosa itu).



Bagi orang yang Allah kasih, di dunia lagi Allah hukum, tidak di akhirat. Yakni dengandidatangkan kesusahan, penderitaan, kesakitan, kemiskinan, kehilangan pengaruh dan sebagainya. Sekiranya kita boleh bersabar dan redha, maka itulah ganjaran pahala untuk kita. Sebaliknya kalau kita tidak boleh bersabar dan tidak redha, malah merungut-rungut, mengeluh dan memberontak, hanya akan menambahkan lagi dosa kita. Begitulah Allah Yang Maha Pengasih kepada hamba-hambanya, tidak mahu hukum kita di akhirat, kerana penderitaan di Neraka berpuluh-puluh kali ganda lebih dahsyat daripada penderitaan di dunia. Sekiranya 

kita telah dihukum di dunia lagi, kita patut bersyukur kerana apabila kembali ke akhirat, kita telah bersih daripada dosa. Adakalanya, kita ditimpakan kesempitan hidup. Sengaja Allah takdirkan demikian kerana Allah sayang pada kita. Allah hendak melatih kita menjadi orang yang bersabar dan redha dengan takdir-Nya. Mungkin kita akan sombong dan bakhil kalau dikurniakan hartamelimpah ruah, maka Allah didik kita dengan kemiskinan.



Apabiala kita diuji dengan kesakitan, Allah mahu memberitahu kita bahawa bagitulah susah danmenderitanya orang yang sedang sakit. Semoga kita menjadi orang yang bertimbang rasa; menziarahi dan membantu mereka yang menderita sakit. Orang yang sedang sakit, hatinya mudah terusik. Sesiapa saja yang datang dan memberi nasihat, InsyaAllah mudah 

diterimanya. Bagaimana pula kalau kita diuji dengan kematian orang yang paling kita sayangi. Ujian ini sangaja didatangkan agar terasalah kita ini lemah; tiada kuasa untuk menolak etentuan Allah. Akan tertanamlah rasa kehambaan di dalam hati, sekaligus membuang rasa 
bangga diri. Begitulah, sebenarnya Allah mahu kita sentiasa beringat-ingat. Agar dengan ujian itu, kita sebagai hamba akan datang untuk mengadu, mengharap, merintih belas ihsan, dan sentiasa merasakan hanya Allah tempat meminta segala-galanya. Ujian juga adalah untuk menilai sejauh mana keyakinan kita kepada Allah. Semakin diuji sepatutnya semakin bertambah iman kita, dan semakin hampir kita dengan Allah. Firman Allah dalam surah Al Imran; 142 yangbermaksud:



     “Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, pada hal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antara kamu dan belum nyata orang-orang yang bersabar.”

Firman Allah dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:
     “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Allah takdirkan ujian demi ujian untuk memberi peluang kepada kita mendapatkan pahala sabar. Barangsiapa yang sabar dan redha tanpa mengeluh, merungut atau syurga. Oleh itu, apa salahnya Allah uji kita kerana hendak menyelamatkan kita di akhirat kelak! Berbeza pula halnya dengan ujian yang ditimpakan ke atas para Rasul, para nabi, wali-wali dan kekasih-kekasih Allah. Ujian ke atas mereka bermaksud untuk meninggikan darjat dan kedudukan mereka di sisi Allah. Sebab itu ujian yang mereka hadapi berat-berat belaka. Tatkala Rasulullah berdakwah ke Taif,masyarakat Taif bukan sahaja tidak menerima dakwah baginda, malah mencaci, menghina dan melempari baginda dengan batu dan najis. Para malaikat menawarkan diri untuk menghapuskan orang-orang yang berlaku durjana kepada baginda. Tetapi dengan tenang, baginda menjawab:   

�“Biarkan mereka, jangan diapa-apakan mereka kerana mereka tidak tahu, mereka masih jahil.”

Demikianlah, orang-orang yang tinggi taqwa dan keimananya; tidak mengeluh apabila diuji. Berbeza dengan golongan orang awam seperti kita ni, apabila diuji kita mudah jahat sangka dengan Allah dan berdendam dengan orang yang mendatangkan ujian kepada kita. Walhal bukan orang itu yang hendak menyusahkan kita, tetapi hakikatnya Allah. Allah yang hendak uji 

kita, menggunakan orang itu sebagai perantaraan. Jadi, tanyalah Allah kenapa kita diuji….



Marilah kita lihat bandingannya. Katalah suatu ketika guru besar mengarahkan ketua murid merotan seorang murid yang melanggar disiplin sekolah. Apa reaksi murid yang dirotan itu? Kalau dia seorang yang insaf dan tahu diri, ia segera terfikir akan kesalahan yang dilakukannya, mungkin dia berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Itulah murid yang cerdik, dia sedar hikmah di sebalik dia dirotan. Tetapi bagi murid yang tidak mahu berfikir, sudahlah tidak mahu mengakukesalahannya, dia berdendam pula kepada ketua murid atau guru besar yang merotannya.Mengapa harus berdendam? Ketua murid hanya menjalankan tugas. Guru besar pula menjalankan keadilan; yang bersalah tidak dihukum, tidak ada jaminan yang dia 

tidak mengulangi kesalahannya. Kalau begitu, murid yang bersalah itu layaklah dirotan. Begitulah halnya dengan Allah yang Maha Pengasih. Berbagai-bagai cara Allah gunakan untuk mendidik kita.Diberikan-Nya ujian demi ujian sebagai peringatan kepada kita. Tetapi sedikit sekali yang mencari hikmah dan mengambil iktibar daripada ujian yang ditimpakan. 
Malahan ujian membuatkan kita bertambah jauh dari Allah; mengeluh dan menyesali takdir Allah. Marilah kita menyedari akan kesilapan kita selama ini. Terimalah sagala ujian yang besar mahupun yang kecil sebagai satu didikan terus dari Allah. Dan ingatlah, andaikata kita diuji, kita masih wajib bersyukur kerana masih ada 1001 jenis nikmat lain yang Allah kurniakan kepada kita! Jadi mengapa mesti merungut ketika diuji?


Wassalam....

Rabu, 9 Februari 2011

Kenapa Allah Temukan Kita Dengan Orang Yang Salah...

Assalamualaikum...

hari ni aku nak menerbitkan sedikit pesanan buat mereka yang sering diuji oleh Allah terutama mengenai jodoh dan pertemuaan...

ya aku akui  Memang sakit bila cinta yg kita dambakan selama ini tak dihargai oleh insan yg bernama kekasih,apatah lagi kita dibuang begitu saja… tapi, itulah juga petanda terbaik untuk diri dan kehidupan kita pada masa akan datang. Percaya lah setiap perkara yang terjadi ada hikmah di sebaliknya…


1. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya apabila kita bertemu jodoh yg sebenar,masih ada rasa syukur kita pada ketentuanNYA.
2. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat menjadi penilai yg baik.
3. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa kita hanyalah makhluk yg sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH.
4. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat KASIH SAYANG YANG TERBAIK,KHAS UNTUK DIRI KITA.
5. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita sedar bahawa ALLAH MAHA PEMURAH & PENYAYANG kerana mengingatkan kita bahawa dia bukanlah pilihan yg hebat untuk kita dan kehidupan kita pada masa depan…
6. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita dapat mengutip pengalaman yg tak semua orang berpeluang untuk mengalaminya.
7. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita jadi MANUSIA YG HEBAT JIWANYA.
8. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita lebih faham bahawa CINTA YG TERBAIK HANYA ADA BERSAMA ALLAH.
9. memang ALLAH sengaja menemukan kita dengan orang yg salah supaya kita LEBIH MENGENALI KEHIDUPAN YG TAK SELAMANYA KEKAL.
Wahai sahabat yg kecewa,menderita dan sengsara kerana cinta, fahamilah bahawa kehidupan kita makin sampai ke penghujungnya.
Hari esok pun kita sendiri tak pasti samada menjadi milik kita. Gapailah keredhaan ALLAH dengan melaksanakan suruhanNYA, dan meninggalkan laranganNYA..
PERCAYALAH sesungguhnya ALLAH malu untuk menolak permintaan hambaNYA yg menadah tangan meminta dengan penuh pengharapan HANYA kepadaNYA..

wassalam...

Isnin, 7 Februari 2011

Dunia Akan Membeku Jika Tiadanya "Cinta"...

Assalamualaikum...



Alhamdulillah,hari ini,
Allah masih mengizinkan saya untuk menulis,
dan mudah-mudahan ia sangat berguna untuk kehidupan kita semua...
InsyaAllah...

Tujuh abad yang lalu Jalaluddin Rumi sufi besar dalam karyanya yang teragung "Matsnawi"mengungkapkan."Jika tiada cinta dunia akan membeku". Cinta baginya adalah umpama lautan luas dan dalam seluas dan sedalam daya jelajah nurani manusia itu sendiri.Cintalah yang semestinya menjadi anak kunci utama bagi hubungan antara manusia antara kebudayaan dan antara sistem hidup yang berbeza.Jelas sekali hari ini akibat corak hubungan manusia yang terlepas dari panduan cinta dan pertimbangan yang rasional telah membawa manusia kepada kebinasaan dan kehancuran.Contoh yang jelas peperangan yang berlaku sesama manusia adalah manifestasi dan iklim hati yang membeku,kecuali perang untuk membela diri dan membela keadilan yang hakiki.

Cinta adalah akar dari segala kebaikkan dan keutamaan hidup manusia.Jesteru itu,Rasulullah saw dalam satu hadithnya memberi panduan yang bermaksud:
"Tidaklah berimah seseorang diantara kamu sehingga ia mencintai saudaranya sebagaimanan ia mencintai dirinya sendiri."


Namun disaat peradaban manusia semakin materialistik, sombong, serta tamak haloba,masih adakah telinga yang mahu mendengar pesan-pesan agung para Nabi itu? Dan hakikat ini juga Nabi Isa a.s dikatakan pernah berpesan:"Cintailah jiranmu".

Tidak dinafikan bahawa peradaban yang menguasai arus globalisasi,berkat ilmu dan teknologi moden adalah peradaban yang lahir dan keadaaan hati yang sedang membeku. Akibat kebekuan hati manusia akan lenyapnya kepekaan terhadap nilai baik dan buruk. Baik dan buruk telah dijadikan barang perniagaan tanpa modal Hati yang beku dan tertutup inilah yang dinyatakan dalam Al-Quran suruh Al-Araaf ayat 179..firman Allah yang bermaksud:

"Dan sesungguhnya kami jadikan untuk neraka jahanam banyak jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah) dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dan dengannya dan mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat."

Hati mereka sudah buta dan sudah tidak berfungsi lagi sebagaimana mestinya.Implikasi kedua akibat hati adalah hubungan persaudaraan hanya didasarkan semata-mata atas kekuatan benda dan kepentingan-kepentingan duniawi lain. Akibatnya suasana persaudaraan umat manusia di dunia terasa begitu kering dan tandus.Umat Islam berpecah belah dan berperang sesama sendiri dan ajaran persaudaraan sejati seperti yang ditekan oleh al-Quran sudah tidak dihirau lagi semata-mata kerana tarikan kepentingan benda dan bangsa yang lebih diutamakan.

Implikasi ketiga akibat kebekuan hati manusia kita dapat lihat bentuk tindakannya yang rakus,baik terhadap benda mahupun terhadap kekuasaan. Benda dan kekuasaan seseungguhnya apabila jatuh ke tangan hati yang beku akan membawa malapetaka.Kerakusan itu sebenarnya adalah simbol dan struktur batin yang sakit dan tidak bermaya.Malangnya,hari ini banyak sekali manusia tidak mampu melihat bencana yang mungkin ditumbulkan oleh watak manusia yang rakus ini.Ketumpulan wawasan moral dan kerakusan terhadap kebendaan dan kekuasaan sepanjang sejarah telah mencabik-cabikkan prinsip kesatuan umat manusia.

Para sahabat yang dikasihi:
Carilah cinta yang hakiki dan cinta kepada yang lain kerana Allah,janganlah kerana cinta,kita sanggup menggadaikan agama dan maruah kita.Ingatlah kita akan dipersoal kerananya kelak.

Begitulah antara 3 implikasi yang dapat kita sama-sama hayati dan fikir-fikirkan bila mana perasaan cinta yang dikurniakan Allah swt didalam hati manusia itu disalah guna.Ya,memang benar"dunia akan membeku jika tiadanya cinta..membeku dan terhenti dari perkara-perkara kebaikkan,keprihatinan dan kasih sayang.Moga bermanfaat buat semua..insyaALLAH.

Wallahualam...

Kisah Cinta Paling Indah...

Assalamualaikum...

Sahabat2ku sekalian,
taukah kamu erti cinta sejati???
Apakah sahabat pernah mendengar atau mengetahui,
kisah cinta Qais dan Laila atau kisah cinta Romeo dan Juliet ataukah Laila dan Majnun???

Apakah kisah cinta seperti ini yang dikatakan kisah cinta sejati??? Seperti yang sahabat ketahui kisah cinta mereka tidaklah berakhir di pelaminan bahkan rela mati demi cintanya...


habis,cinta macam mana yang dikatakan cinta sejati???
Cinta sejati antara dua insan adalah,
cinta yang terus abadi setelah pernikahan yang berlandaskan agama,
atas kecintaan mereka kepada Sang Pemilik Cinta yaitu Allah 'Azza Wa Jalla...
Walaupun salah seorang meninggal,
namun cinta sejati ini terus saja abadi...
Kisah cinta siapakah yang begitu indah ini???
mari kita lihat...



Kisah cinta yang paling indah ini,
siapa lagi yang memilikinya kalau bukan kisah cinta Junjungan kita,
Muhammad Saw kepada Khadijah ra...

Sungguh sebuah cinta yang mengaggumkan,
cinta yang tetap abadi walaupun Khadijah telah meninggal...
Setahun setelah Khadijah meninggal,
ada seorang wanita shahabiyah yang menemui Rasulullah Saw...
Wanita ini bertanya, "Ya Rasulullah,mengapa engkau tidak bernikah???
Engkau memiliki 9 keluarga dan harus menjalankan seruan besar."...

Sambil menangis Rasulullah Saw menjawab:
"Masih adakah orang lain setelah Khadijah???"

Kalau saja Allah tidak memerintahkan Muhammad Saw untuk bernikah,
sudah pasti Beliau tidak akan bernikah lagi untuk selama-lamanya...
Nabi Muhammad Saw menikahi Khadijah layaknya para lelaki...
Sedangkan pernikahan-pernikahan setelah itu hanya karena tuntutan risalah Nabi Saw,
Beliau tidak pernah dapat melupakan isteri Beliau ini,
walaupun setelah 14 tahun Khadijah meninggal...

Pada masa penaklukan kota Makkah,
orang-orang berkumpul di sekeliling Beliau,
sementara orang-orang Quraisy mendatangi Beliau dengan harapan Beliau mau memaafkan mereka,
tiba-tiba Beliau melihat seorang wanita tua yang datang dari jauh...
Beliau serta merta meninggalkan kerumunan orang ini...
Berdiri dan bercakap-cakap dengan wanita itu...
Beliau kemudian melepaskan jubah Beliau dan menghamparkannya ke tanah...
Beliau duduk dengan wanita tua itu...

Bunda Aisyah bertanya,:
"Siapa wanita yang diberi kesempatan,waktu,berbicara,dan mendapat perhatian penuh Nabi Saw ini???"

Nabi menjawab:
"Wanita ini adalah teman Khadijah."

"Kalian sedang membicarakan apa,ya Rasulullah?"
tanya Aisyah

"Kami baru saja membicarakan hari-hari bersama Khadijah."

Mendengar jawaban Beliau ini,Aisyah pun merasa cemburu...
"Apakah engkau masih mengingat wanita tua ini (Khadijah)??
padahal ia telah tertimbun tanah dan Allah telah memberikan ganti untukmu yang lebih baik darinya?"

"Demi Allah,Allah tidak pernah menggantikan wanita yang lebih baik darinya...
Ia mau menolongku di saat orang-orang mengusirku...
Ia mau mempercayaiku di saat orang-orang mendustakanku."...

Aisyah merasa bahwa Rasulullah Saw marah...
"Maafkan aku,ya Rasulullah."

"Mintalah maaf kepada Khadijah,baru aku akan memaafkanmu..." ...
(Hadits ini diriwayatkan Bukhari dari Ummul Mukminin Aisyah)

Sahabatku,
apakah mungkin ada cinta seperti itu,
yang dapat terus abadi setelah orang yang dicintai meninggal 14 tahun yang telah lewat???
Yupz,karena cinta ini tidak pernah didahului hubungan haram...
dan karena ketaatan kepada Allah menjadi dasar dalam rumah tangga ini...
Rumah tangga yang selalu dihiasi dengan zikir kepada Allah,
bukan rumah yang digunakan untuk mengingati syaitan...

Bagaimana pendapat kalian,sahabat muda sekalian???
apakah kalian tidak ingin menjadikan rumah tangga kalian seperti ini???
Suami membaca Al-Qur'an bersama istrinya...
Betapa agungnya ketika anak-anak mereka turut serta membaca Al-Qur'an...

Menjelang waktu Subuh tiba,
si isteri membangunkan suaminya untuk melaksanakan solat Shubuh...
Suami melaksanakan solat Qiyaam al-lail 2 rakaat bersama isterinya...
Apakah akan terjadi pada rumah ini???
Indah sungguh bukan???
betapa manisnya,betapa indah cinta di dalam rumah tangga ini...

Cubalah,pasti sahabat2 dapat merasai segalanya berubah,
cinta juga bertambah,dan Allah melimpahkan berkah-Nya kepada kalian. 

"Bernikah jauh lebih baik daripada ber"couple"...

sekian,wassalam

Sabtu, 5 Februari 2011

Cinta Kita Bukan Happy Love Story...

Assalamualaikum...
aq nk wt prkongsian cket tntng cinta...huhu~~
nie bkn cerita aq tw??nie cerita sahabat pelawat blogger aq...hehe~~
jom mule cerita!!!!


Sudah banyak baca artikel tentang cinta kita baca,sudah banyak ceramah tentang cinta kita hadir dan hampir kesemua menyuruh kita berkahwin kalau tidak tahan,betul tak? Memang kita tak tahan dan memang kita nak kahwin tapi masalahnya ibu bapa kita tak bagi kita kahwin,kata mereka kita masih muda, kita tidak mampu tanggung anak orang,kita miang dan sebagainya. Kita yakin kita sudah cukup matang,kita yakin kita sudah mampu cari rezeki dan tempat berteduh dan kita sangat yakin kita miang tapi semua keyakinan itu tidak mampu meyakinkan ibu bapa kita kan?
[kisah cinta]



Bila kita dengar ceramah dari ustaz,ustazah atau mana-mana penceramah sekalipun,bila mereka cerita kepada kita tentang kisah cinta mereka,semua sangat indah,semunya ‘happy ending’. Bila mereka jumpa jodoh mereka,bila mereka mula jatuh cinta,seolah-olah Allah mempermudahkan kisah cinta mereka.Mereka dikurniakan ibu bapa yang faham agama,faham kehendak anak-anak,yakin dengan kebolehan anak-anak mereka.Kalau mereka(ibu bapa) tidak benarkan sekalipun,mereka beri mereka(penceramah) peluang untuk buktikan mereka(penceramah) mampu lakukan. Tapi kita?
Kita dikurniakan ibu bapa diktator,ibu bapa yang sebulat suara kata ‘No’ bila kita minta untuk berkahwin. Banyak alasan mereka keluarkan supaya kita membatalkan niat kita untuk berkahwin dan kebanyakan alasan-alasan tersebut biasanya menyalahkan kita. Saya tidak menyeru untuk anda mengeluh dengan ibu bapa sekarang tapi hal ini berlaku mungkin salah kita juga. Macam saya, 21 tahun saya hidup, tiada satu pencapaian pun yang mampu mendatangakn yakin pada ibu bapa saya bahawa saya sudah mampu memikul amanah tersebut. Ya,semuanya berpunca dari diri kita. Ibu bapa tidak yakin kepada kita bukan sifat mereka tidak yakin pada anak,tapi salah kita sendiri kerana tidak mampu meyakinkan ibu bapa kita.
Jadi,apa yang patut kita buat? Kita dah mengaku kita miang,kita mahu berkahwin tapi tak dapat nak kahwin. Nak ber’couple’? Malas nak ulas tentang ‘couple islami’ atau halal-haram bercinta tapi kalau cinta itu dibenarkan Islam sekalipun,ada batas-batas yang perlu dijaga dan pastinya kita,insan yang jahil dan berdosa ini gagal menjaga batas-batas tersebut. Jadi,kalau anda tidak mampu menepis tahi yang dilontor,apa yang patut dibuat? Ya,lari siap-siap. Sebab itulah dalam Al-Quran,Allah suruh kita jangan dekati zina.
Faham?
Nak kahwin tak dapat, nak couple tak boleh, susah jadi remaja sekarang. Cinta dalam hati semakin membuak-buak, tengok dia hari-hari, dengar suara dia hari-hari,mana boleh tahan macam ini. Orang cakap senang, “apa susah,kau cakap je kat dia kau nak kahwin dengan dia,then fullstop.” Bukankah itu dah kira bertunang? Memang bertunang tak perlu cincin dan sebagainya,hanya kebenaran dari pihak perempuan yang waras tapi apa kata ibu bapa si perempuan nanti? Tadi masalah ibu bapa kita,sekarang masalah bakal mertua kita pula,semuanya kerana adat-adat melayu yang menyusahkan. Oh melayu~
Perlukah kita luah isi hati ini kepada si dia? Tak berdosakah kita? Menghampiri zina kah tidak? Pening. Kita yang berilmu agama cetek dan beramal ibadah yang minimum ini pening bila diuji dengan cinta. Kita tersekat antara cinta dan Cinta. Kalau tersalah langkah, cinta kita pada Tuhan pasti tercemar dan kalau tersalah langkah juga,cinta kita pada Tina pasti tergadai. Ini bukan masa memilih wahai sang pencinta,ini masa menjadi TAMAK. Jangan pilih,jom usaha dapatkan kedua-dua!
Mungkin ada antara anda yang berpendapat baik luahkan sahaja perasaan cinta kita kepada Tina,kemudian fullstop macam cakap kawan saya tapi pada pendapat saya itu bukan caranya. Saya pilih untuk berdiam dan berdoa kepada Allah. Sekadar berkongsi, sebelum datang belajar di Jepun,umi telah calonkan saya dengan anak kawan baiknya dan tanpa fikir banyak,saya terus bersetuju dengan pilihan umi. Muka dan perangai gadis itu saya tidak tahu,cuma saya dengar dari adik-beradik,gadis tersebut baik orangnya, sebab itu saya bersetuju. Begitu juga dengan keluarga gadis tersebut,mereka pun memberi respon positif. Umi berkali menyuruh saya berhubung dengan gadis tersebut tapi saya tolak.Biarlah perkenalan kami semasa pertunangan. Bagi saya ini prinsip tapi mungkin ada yang memandang ini ego,entah,saya pun tidak tahu. Seminggu lepas, seorang lelaki ‘add’ saya di FB dan dia adalah ‘teman’ baik gadis tersebut. Saya melepas.

“Ala…Apsal ko tak contact budak tu..Ruginya..”Nasihat kawan saya.
“Em..Kalau betul dia jodoh aq,kahwin la nanti..”Balas saya,jujurnya saya terasa amat rugi dan menyesal,kenapalah saya tidak contact dia.
Persoalannya di sini,patutkah kita meluahkan rasa cinta kita pada seseorang bila kita mencintainya? Saya ingin berkongsi satu hadis, mula-mula saya baca hadis ini dari buku ‘Pemilik Cintaku Selepas Allah Dan Rasul‘ dan saya cari kesahihan hadis tersebut. Ada ulama’ menghukum hadis ini hadis Sahih dan ada yang menghukumnya Dhaif. Untuk keterangan lebih lanjut tentang hadis tersebut...
Ibn ‘abbas : barang siapa sedang rindu ( cinta ), lalu menyembunyikannya , menahan diri kemudian dia mati, maka meninggal dalam keadan syahid.
Menyembunyikan cinta,menahannya dan jika meninggal,kita dikira mati syahid? Apa yang cuba disampaikan oleh hadis ini, betapa besarnya pahala orang yang menyembunyikan cintanya dari yang dicintai. Saya tanya diri sendiri,kenapa? Kenapa hadiah bagi seorang pejuang cinta yang gugur dalam menahan cintanya dianugerahkan syahid? Saya tidak tahu jawapan sebenar tapi pada pendapat saya kerana susah dan peritnya seorang yang dilamun cinta menahan perasaan itu seorang diri. Andaikata diluahnya, pintu maksiat bakal terbuka atau dalam erti kata lain,dia sedang mendekati zina.
Ya,menahan rasa cinta dari diketahui satu benda yang sangat payah. Kadang-kadang rasa seperti nak meletup hati menahannya. Bila berdoa meminta Allah jodohkan dia menjadi milik kita,kadang-kadang air mata mengalir tanpa disedari. Hati rasa bagai dicucuk-cucuk dari dalam. Ya Allah,sakitnya. Tapi perasan tak? Bila perasaan sakit itu datang,kita lebih dekat kepada Allah?
Kita secara spontan berdoa, “Ya Allah,tolonglah jadikan Asmahan itu milik aq.Aq nak sangat kahwin dengan dia. Aq nak sangat Ya Allah. Kau faham perasaan aq. Kau cipta aq mesti Kau tahu aq cinta gile kat Asmahan. Ya Allah,please,please.”
Walaupun isinya agak melampau,tapi bukankah itu doa? Bukankah dalam doa yang isinya terlampau itu,kita mengaku bahawa Allah itu Tuhan kita? Allah yang cipta segala-gala? Allah yang kawal nasib kita,Allah yang tentu jodoh kita? Maknanya,kita lebih dekat dengan Alla. Ooo,patutlah hadis tersebut kata hadiahnya mati syahid,rupanya banyak manfaat sembunyikan cinta.
Ya,jodoh memang kena usaha tapi caranya mesti betul. Cara yang betul? Samada anda ke rumah ibu bapa perempuan tersebut atau meminta orang tengah(ustaz/ustazah/naqib/naqibah atau agen cari jodoh seperti Baitul Muslim) tolong carikan,mungkin ada cara lain lagi tapi saya yakin,cara-cara ini hanya sesuai bila ibu bapa kita memberi lampu hijau untuk kita berkahwin.
Jadi sebelum dapat lampu hijau,jom lah sama-sama kita memperjuangkan cinta suci kita untuk bakal isteri atau suami yang masih belum kita ketahui kerana itu lebih mulia dan suci. Kita sediakan diri kita dengan ilmu agama dan am yang banyak, sediakan fizikal kita dan sediakan emosi kita supaya dapat beri yang terbaik untuk si dia. Bayangkanlah perasaan anda,anda berkahwin dengan seseorang yang anda baru kenal,kemudian selepas berkahwin,dia cerita yang dia pernah bercouple dengan orang lain,tidak sedihkah anda? Saya tidak jamin diri saya mampu menolak zina 100%,jadi saya seru pada diri saya dan anda semua,marilah sama-sama kita jauhi zina. Ayuh, Belia Benci Maksiat

semua nama-nama di atas tiada kaitan antara hidup dan mati...



Jumaat, 4 Februari 2011

Antara Cinta Dan Persahabatan

Antara cinta dan persahabatan

Andainya ku diberikan pilihan untuk memilih diantara kedua-duanya
Akan ku pilih kedua-duanya
Kerana bagiku ia sama bererti dan bernilai dalam hidupku

Cinta
Suatu ungkapan yang belum pasti akan keindahannya
Kerana disebalik keindahan cinta itu
Tersirat seribu kepahitan
Pastinyakan merentap kedamaian jiwa
Seorang percinta setia
Tatkala ikatan diundang kekecewaan

Namun ia tetap betah menjemput setiap jiwa
Yang punya hati dan perasaan
Hakikat yang tersimpan di sebalik anugerah ini
Tak terungkai dengan bicara di bibir
Tak tergambar dengan lakonan
Begitu syahdunya kurniaan Ilahi
Lahirnya dari hati seorang insan
Berakal beremosi penyayang dan berperasaan

Persahabatan
Suatu ikatan yang lahir dari hati
Keinginan yang ikhlas
Bagi berkongsi tangis, tawa, kasih sayang serta keakraban
Sesungguhnya, sahabat adalah tempat berbicara setulusnya
Tentang impian dan pengertian hidup

Persahabatan yang murni dan suci
Adalah suatu perhubungan yang disulami dengan benang kejujuran
Di warnai dengan keikhlasan
Di curahi dengan kasih sejati
Sekiranya menjadi gunting dalam lipatan
Robohlah tembok keluhuran sebuah persahabatan

Teman yang budiman
Mengertilah maksudku ini
Sesungguhnya apa yang tersimpul dihati kecilku
Sejak perkenalan kita

Kita bina tugu persahabatan
Yang dipagari besi kedewasaan
Yang teguh berdiri megah dilaman hati kita
Tak tumbang dek rintangan
Hanya satu pintaku
Agar dikau sentiasa mengingati diriku.



Wassalam~~