Sabtu, 25 Disember 2010

Bila Sukar Membuat Keputusan...

Ada antara kita susah untuk membuat pilihan..
Tidak kiralah sama ada pilihan tu berkisarkan kepada jodoh, akademik, ape2 je lah...
Pendek kata bila mengkehendakkan keputusan dibuat... satu jalan penyelesaian yang terbaik ialah istikharah..





Ok ape yang kamu semua faham dengan istilah istikharah...??
Ni petikan dari blog saifulislam "Istikharah itu bermaksud meminta bantuan daripada Allah untuk seseorang itu memilih di antara beberapa kemungkinan yang diharuskan oleh Syara’. Ada pun pilihan yang berada antara manfaat dan mudarat, apatah lagi Halal dan Haram hatta Makruh, maka tidak harus untuk Istikharah dilakukan kerana tindakan yang sepatutnya diambil sangat jelas iaitu pada meninggal dan menghindarkan pilihan yang tidak baik itu."

Bahasa pendeknya...
Meminta bantuan dari ALLAH SWT bile kita perlu memilih, tidak kiralah dari sebesar2 perkara hinggalah ke sekecil2 perkara...

Bagi sesiapa yang hendak buat solat istikharah ni ana sertakan niat dan doanya:

Niat Solat Istikharah :

Sengaja aku mengerjakan sembahyang istikharah dua rakaat kerana Allah Ta'ala

Doa Solat Istikharah :

"Ya Allah, saya memohonkan pilihan menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan dengan kesuasaanMu juga saya memohonkan kurniaMu yang besar, sebab sesungguhnya Engkaulah yang Maha Mengetahui dan saya tidak mengetahui apa-apa. Engkau Maha Mengetahui segala yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan saya ini........baik untukku dalam agamaku, kehidupanku serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan mudahkanlah serta berikanlah berkah kepadaku di dalamnya. Sebaliknya jikala di dalam ilmumu bahawa urusan ini buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan jauhkanlah aku daripadanya serta takdirkanlah untukku yang baik-baik saja dimana saja adanya, kemudian puaskanlah hatiku dengan takdirMu itu."

Jadi sahabat2ku...
Mintalah petunjuk Allah atas segala keraguanmu...
Cume satu je...
Bile hendak membuat istikhrah ni,
Bulatkan sepenuh pengharaapan kepada Allah swt,
Redhalah atas ape shj ketentuan yang telah dijadikan...

Sekian,
wallahu'alam...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan