Sabtu, 25 Jun 2011

SANGGUPKAH DIKAU MENJADI SUAMIKU?

Assalamualaikum..
Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Jika engkau mengharapkan harta menggunung tinggi, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan wajah secantik puteri, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan layanan sebaik khadam, aku pasti akan mengecewakanmu..
Jika engkau mengharapkan teman yang setia di sisi, aku pasti akan mengecewakanmu..




Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Sebelum benar-benar engkau hadir, inginku bertanya sesuatu padamu..

Adakah engkau sanggup menerimaku sebagai isteri jika tidur lena mu ku ganggu untuk kita bersama-sama munajat padaNya..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak sudi engkau menjadi imamku untuk solat subuhku kerana ku ingin dirimu solat subuh berjemaah di masjid..
Adakah engkau sanggup jika selepas pulangnya engkau dari solat berjemaah aku tidak merelakan engkau tidur semula..malahan aku ingin engkau menghidupkan majlis taklim (saling berkongsi pengisian) antara aku & dirimu..
Adakah engkau sanggup jika setiap pagi aku ingin kau membaca mathurat bersama ku..
Adakah engkau sanggup jika selepas kau pulang dari bekerja, aku masih lagi dengan tugasku di luar..

Adakah engkau sanggup jika ketika engkau di rumah, aku sering meminta izin untuk keluar dengan alasan berjumpa rakan-rakan sedangkan pada hakikatnya aku ingin meneruskan medan perjuanganku..
Adakah engkau sanggup jika setiap isnin & khamis kau menemaniku berpuasa sunat..
Adakah engkau sanggup jika bersama-samaku menghidupkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan kita..
Adakah engkau sanggup jika aku menasihatimu & membawamu lebih mendekatiNya..
Adakah engkau sanggup jika akan ada malam tertentu rumah kita akan dipenuhi orang untuk majlis ilmu..
Adakah engkau sanggup jika tetamu kita sering bertamu sehingga tidur di rumah kita kerana ia mungkin akan mengganggumu..

Adakah engkau sanggup jika hujung minggu kita dipenuhi dengan menziarahi orang tua kita..
Adakah engkau sanggup jika aku meminta dirimu menceritakan kisah sirah Rasulullah SAW & perjuangan para sahabat kepada anak-anak kita sebelum mereka tidur..
Adakah engkau sanggup jika aku tidak merelakan engkau memberi pelbagai kemewahan pada anak-anak kita kerana aku ingin mereka menjadi hambaNya yang bersyukur selalu..
Adakah engkau sanggup jika tanganmu sentiasa ku pegang walau ke mana arah tuju ketika kita berjalan bersama..
Adakah engkau sanggup jika keluar berjalan denganku yang bertudung labuh, berbaju longgar, dan seringkas yang mungkin di hadapan hambaNya yang lain..

Adakah engkau sanggup jika masakanku tidak sesedap yang kau harapkan..
Adakah engkau sanggup jika layananku kekok padamu..
Adakah engkau sanggup jika ujian Allah itu datang dan ku pinta engkau menyunting bunga yang lain untuk dirimu..
Adakah engkau sanggup jika segala ini benar-benar berlaku???

Wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..
Aku tahu bagimu pernikahan itu menghalalkan segalanya…tapi lain dari persepsiku…

Sememangnya benar pernikahan itu menghalalkan segala apa yang terhijab antara aku dan dirimu…
tapi aku ingin kau juga mengetahui & mengerti bahawa pernikahan jua adalah jalanku untuk ke syurga-Nya..
pernikahan jua adalah jalan untuk kita melahirkan mujahid mujahidah yang soleh solehah..
sememangnya aku akan berusaha semampuku untuk membahagiakanmu kerana walau apa yang berlaku, 
kau tetap suamiku tika itu..

namun telah ku nekad dalam diriku untuk terus memperjuangkan segala apa yang ku perjuangkan kini…
aku memberitahu segala ini terlebih awal kerana aku tidak ingin engkau menyesali jika perkara ini benar-benar terjadi..
kerana itu telah dari awal ku sediakan diriku untuk membiarkan engkau mencari yang terbaik untuk dirimu..
kerana cukuplah Allah bagiku..

mungkin bersamaku akan membuatkan dirimu merasa bosan & tiada kehidupan tapi sedarlah wahai bakal suamiku bahawa cara hidup Rasulullah SAW itulah yang terbaik..dalam rumahtangga kita pasti ada senda guraunya..
Cuma aku mungkin akan lebih sibuk dengan gerak kerja ku di jalanNya..kerana telah ku pilih jalan-Nya..hingga akhir hayatku akan ku terus di jalan-Nya..dan ku bermohon semoga hembusan nafasku yang terakhir jua adalah di jalan-Nya..terimalah diriku seadanya~

Dunia ini sudah tidak lama lagi..jika ada jodoh di dunia, kita akan bertemu atas ikatan pernikahan yang sah atas namaNya..tidak ku mengharapkan engkau seorang yang terlalu mulia..cukuplah bagiku jika engkau sedar hakikat dirimu iaitu hamba Allah..kerana jika engkau sedar, pastinya engkau akan menjalankan tanggungjawabmu sebagai hambaNya..jika tiada jodoh kita di dunia, semoga kan bertemu di syurga..insyaAllah..aku ingin kau tahu bahawa cinta Ilahi tetap yang utama di hatiku..dan aku mencintaimu kerana Dia~

Sekian warkah khas untukmu wahai Adam yang akan bertakhta di hatiku sebagai suami..~

Jumaat, 24 Jun 2011

MEMANDANG CINTA DARI CERMIN HATI...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim:
Ketika hati mendapatkan kedamaian dengan yang dicintai,
Mana mungkin ia menghendaki lainnya?
Sekali bunga teratai dibelai kehangatan matahari,
Akankah ia menginginkan rembulan?

Ketika jiwa dahaga akan seteguk air jernih, tak ada gunanya gula.
Tempat Cinta adalah hati, dan hati adalah emas murni.
Keagungan ilahiah menggosoknya dengan menatapnya,
Menjadikan terang dan murni.

Jejak-jejak cahaya keindahan Cinta tiada terperi
muncul dalam cermin keshalehan hati.
Cinta manusiawi hidup melalui Cinta Ilahi ...



Ketika engkau mencintai wanita , genggamlah hatinya kerana ia adalah 
"kunci emas" kasih sayang Ilahi yang dapat menahan derasnya hujan-badai, 
panas teriknya mentari, dan silau emas permata.....

Ketika engkau membelai rambutnya yang berkilau, 
berbahagialah sebab cinta telah menyegarkan dirimu dengan keharuman syurga....

Ketika engkau menggenggam tangannya dengan genggaman kasihmu , 
maka rasakanlah kelembutan jemari-jemari Ilahi 
yang telah memayungi hatimu dari keresahan dengan senandung kedamaian....

Ketika engkau mendengar suaranya yang teduh menenteramkan bathinmu,
 berbahagialah sebab cinta sedang memandang dari kedalam jiwa, 
bersenandung bersama kicau burung dan kecantikan putik-putik bunga...

Ketika engkau melihatnya tersenyum , 
maka berbahagialah kerana cinta telah membasuh luka hati 
dengan senandung air mata kebahagiaan dan tangis rindu.

Ketika engkau melihat sepasang matanya yang indah,
 berbahagialah kerana engkau telah menterjemahkan segala rahasia hati 
yang bersemayam didalam batinnya.....

Ketika engkau mendengar dirinya bersenandung ,ikutlah bernyanyi bersamanya,
 kerana tidak ada ungkapan yang kasih yang lebih indah-dari ungkapan,
 yang keluar dari sepasang insan yang sedang dilanda badai asmara...

Ketika engkau melihat cinta dengan hasrat kasih Ilahi,
 maka berbahagialah kerana kidung semesta telah merestui 
dan memberkati ladang-ladang Ilahi dari hujan yang turun dari kesucian langit....

Kerana apalah ertinya cinta selain kesejatiannya ,
 cinta telah bahagia dengan mahkota keabadiannya ,
 cinta tidak memerlukan apapun selain darinya , 
kerana cinta telah cukup untuk cinta ia takkan pernah pudar , 
selamanya berpijar, serta bersemayam di kedalaman jiwa setiap insan yang terberkati oleh-Nya....

"Jika kau merasa lelah dan tak berdaya dari usaha yang sepertinya sia-sia..
Allah SWT tahu betapa keras engkau sudah berusaha...

Ketika kau sudah menangis sekian lama dan hatimu masih terasa pedih.
Allah SWT sudah menghitung air matamu.....

Ketika kau fikir bahwa hidupmu sedang menunggu sesuatu
dan waktu serasa berjalan begitu saja.
Allah SWT sedang menunggu bersamamu...

Ketika kau berfikir bahwa kau sudah mencuba
segalanya dan tidak tahu hendak berbuat apa lagi..
Allah SWT sudah punya jawapannya....

Ketika segala sesuatu menjadi tidak masuk akal dan kau merasa tertekan.
Allah SWT dapat menenangkanmu.....

Ketika kau merasa sendirian dan teman-temanmu terlalu sibuk untuk berhubung denganmu.
Allah SWT selalu berada disampingmu.....

Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang..
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya dan
Dia telah menciptakan seseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak....

Ketika kau merasa bahwa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas.
Allah SWT tahu apa yang ada di hadapanmu dan
Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu....

Ketika kau merasa telah dikhianati dan dikecewakan.
Allah SWT dapat menyembuhkan lukamu dan membuatmu tersenyum...

Jika tiba-tiba kau dapat melihat jejak- jejak harapan.
Allah SWT sedang berbisik kepadamu....

Ketika segala sesuatu berjalan lancar dan kau merasa ingin mengucap syukur.
Allah SWT telah memberi barakah padamu....

Ketika sesuatu yang indah terjadi dan kau dipenuhi ketakjuban.
Allah SWT telah tersenyum padamu....

Ketika kau memiliki tujuan untuk dipenuhi dan mimpi untuk digenapi.
Allah SWT sudah membuka matamu dan memanggilmu dengan namamu....

Ingat dimanapun kau atau kemanapun kau menghadap ...
Allah SWT Maha Mengetahui…

Semoga bermanfaat dan penuh barakah dari Allah ...